Pages ROOM

Sunday, July 10, 2011

Serangan Gergasi Media Terhadap Industri Muzik Berat Tanahair.

            Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru-baru kita dengar.Ianya bermula sejak awal 90'an lagi.Di antaranya,aku pernah menulis artikel "BILA METAL TERLALU EXPOSED,SIAPA YANG HARUS DIPERSALAHKAN pada tahun 2000.Ia mengenai ulasan Utusan Borneo tentang muzik metal yang bertajuk BILA MUZIK DISESATKAN.Apa yang terkandung dalam ulasan tersebut???Ianya mengenai seorang pelajar di Perak telah ditangkap kerana memiliki bahan bacaan (zine) yang berunsur kristianiti.terdapat juga lukisan bintang lima bucu (pentagram) pada buku latihan,pensil case,bag sekolah dan lebih menyedihkan,terdapat kesan torehan pada lengan murid tersebut.selanjutnya sila baca artikel dibawah.
             Pada tahun 2002 kita diterjah lagi.Serangan terhadap kita kali ini dirasakan seolah-olah satu gulungan ombak yang maha hebat oleh sesetengah pihak yang didedahkan secara lansung oleh media.Hari demi hari ada saja propaganda yang dimainkan oleh media.Banyak tangkapan "menggila" dan "memBABI buta" yang dibuat oleh pihak berkuasa sehinggakan yang memakai t-shirt XPDC pun turut diangkut sekali.Perkara ini turut dirasai oleh aku sendiri kerana aku juga turut "dicari" kerana nama aku terkandung di muka hadapan JERKAH FANZINE yang dirampas oleh pihak berkuasa.Aku agak bernasib baik kerana semasa polis pergi ke rumah,aku berada di luar negara menyambung pelajaran ketika itu.Malangnya,segala koleksi yang aku kumpul selama 7 tahun telah dirampas kononnya untuk dijadikan bahan bukti.Dari apa yang aku dengar pada ketika itu. Pergerakan Industri muzik berat tanahair hampir lumpuh atau musnah dek propaganda yang disebarkan oleh media.

              Untuk menutup segala kesonsangan yang berlaku dalam kain BOS mereka,sekali lagi media (MASTIKARAMJADAH) menerjah pergerakan metal tanahair bagaikan halilintar.pelbagai fitnah,tohmahan,tuduhan dan berita serta artikel separa benar tersebar di seantero Tanah Melayu.Kerana sayangkan scene,ramai rakan-rakan seperjuangan mengadakan forum,surat berantai,berjumpa dengan orang-orang media bagi menyangkal setiap tuduhan yang dilemparkan.Aku,merupakan salah seorang daripada 16 orang Ahli Jawatankuasa salah sebuah NGO yang terbesar di Malaysia,cuba menggunakan pengaruh supaya perkara ini dibahaskan di Parlimen.Hasilnya,Metal dan Black Metal khususnya hampir-hampir tidak diharamkan.Akan tetapi,aku dikhianati oleh seorang yang menganggap aku sebagai adiknya sendiri (DEAD-ALMARHUM) dan dibantu oleh SURAYA-PONTIANAK ZINE telah menjadi tulang belakang kepada MASTIKARAMJADAH dalam menelanjangkan scene metal dengan menghantar hampir 7kilogram bahan bukti kepada ketua pengarang MASTIKARAMJADAH pada ketika itu Syahidan Jaafar.Diantara kandungan penghantaran itu termasuklah biodata,flyers dan banyak lagi lah.Dan malang buat aku kerana di dalamnya juga turut terkandung salinan surat daripada Euronemous dan Count bertarikh seminggu sebelum Euronemous mati dibunuh.Dan dengan surat itu jugalah tersebarnya cerita dusta tentang GEREJA SYAITAN MALAYSIA yang kononnya diasaskan oleh aku sendiri.Kononnya aku turut terlibat dengan pergerakan INNER CIRCLE dan ajaran NECONOMICON yang dibawa oleh Euronemous.Yang menghairankan,bagaimanapula dikatakan aku adalah anak murid kepada RAYMOND DARK LEGION sedangkan DARK LEGION ZINE yang aku miliki pun pemberian dari dia (dead-almarhum) sendiri? Sekali pun aku tak pernah berurusan dengan RDL.kenapa pula kami dikaitkan?Bila aku ditunjukkan kepada bahan bukti oleh Syahidan Jaafar,baru aku sedar kebanyakan surat-surat antara aku dan dia banyak yang telah diedit dan ditokok tambah.surat antara aku dan dia HANYA menggunakan handwritting ataupun computer print.tak pernah hayat aku gunakan typewritter.hanya "dia" yang "miskin" menggunakan typewritter.Aku tak faham,kenapa aku dikhianati?apa yang dia tak puas hati dengan aku?100 copy demo evil satan com darkness ALMARHUM aku print, 4000 keping flyers band dia aku print dan semuanya FREE OF CHARGE (sebenarnya perjanjian asal 1 sen sekeping tapi dia macam buat tak faham je,aku pun anggap dia ingat FOC la). Disebebkan dia aku "merempat" 3 bulan kat dalam dengan dakwaan "menyebar ajaran sesat".aku pun tak abil tahu pasal dia dan scene lagi.

                    Kini aku kembali selepas hampir 11 tahun aku menyepikan diri.Apa yang aku lihat,ramai "pejuang-pejuang" industri muzik berat yang dulunya menyembunyikan diri bagaikan tikus mondok yang bachul di mana pada keadaan itu kusut masai,berbau busuk lagi hapak menyorok dibalik sampah sarap dan najis kini mendabik dada kononnya dialah pejuang metal sejati,dialah raja metal. Tapi, sekarang tikus-tikus mondok tersebut telah berubah wajah. Keadaannya gebu,segar lagi berbau wangi tidak lagi seperti dulu. Inilah dia rupa tikus mondok yang mengambil kesempatan dan kesenangan atas pengorbanan orang lain. Yang menyakitkan hati,aku pula yang dituduh sebagai perosak scene dan aku dituduh sebagai constributor untuk MASTIKARAMJADAH. Bukan setakat seorang dua,malah dijaja keseluroh pelusok Kepulauan Borneo. Yang bercakap tu termasuklah mereka yang tak pernah membaca MASTIKARAMJADAH.Bangsat betul!!! Heran betul aku.dah tak baca tapi buat macam dia lebih tahu dari orang yang baca. Puak-puak dia yang kantoi dengan MASTIKARAM JADAH terpacak tulang tulang BABI semasa gig tidak pula dituduh sebagai petualang dan penjahanam scene? Aku pula yang kena.

            Persetan dan perjahanamkan mereka.Apa yang aku nak PIN POINT di sini adalah Sekadar mengatakan “aku tidak menyembah syaitan” sebenarnya masih tidak cukup. Ianya tidak memuaskan hati mereka yang menuduh. Bukti harus disertakan. Malah, bukti juga masih tidak mampu membuatkan mereka yang menuduh berdiam diri kerana ceteknya ilmu mereka dengan meletakkan 300% persamaan antara industri muzik ‘berat’ tempatan dan barat. Mereka-mereka ini bukanlah bersendirian, malah dibantu dari ‘dalam’ oleh pengkhianat yang dahulunya bersama-sama kita membangunkan industri muzik ‘berat’ di negara kita. Tidak keterlaluan jika mereka ini kita anggap sebagai ‘pengkhianat negara’. Selain itu, Kita perlu faham bahawa masyarakat masih lagi ‘naif’ tentang industri kita. Mereka percaya kepada setiap cerita dan propaganda yang digembar-gemburkan media. Mereka percaya bahawa media lebih betul berbanding pemuzik ekstrim metal. Mereka tidak pernah mengkaji kesahihan atau kebenaran sesuatu perkara. Bagi mereka, apa yang media gembar-gemburkan itulah yang benar. Media kata kita minum darah kambing, maka minum darah kambinglah kita. Hatta jika media kata kita boleh terbang pun mereka pasti percaya. Kuasa media kuat kerana ‘gergasi-gergasi’ ini kebanyakan dibaca oleh ‘hardcore readers’ fanatik lagi naïf. Jadi kita terpaksa biar ‘gergasi-gergasi’ ini ‘penat’ baru kita bertindak. Dan…tindakan kita adalah drastik supaya kita berjaya menidakkan fitnah media. Tapi yang tidak menyedapkan mata aku memandang,ada juga teman-teman seperjuangan yang menyerbu wall MASTIKARAMJADAH dengan pelbagai cacian dan makian. Dan ada pula yang "macam bagus" mengajak orang lain berbuka puasa dengan "arak" di status facebook. Kita kena faham,di zaman IT yang serba canggih ni, mereka (media) lebih mudah mengekses segala input dan maklumat pergerakan kita berbanding dulu. Jangan hanya kerana keBODOHan kita yang baru mengenali facebook,orang lain yang benar-benar mencintai muzik turut terkena tempias najis kalian. berpada-padalah dan awasilah setiap tutur kata kita.jika membenci mana-mana agama sekalipun,biarlah diri sendiri saja yang tahu.Tak perlu ditonjolkan. JIka tidak,pasti akses kita ke dunia luar akan lebih "dikawal" satu masa nanti.




.

No comments:

Post a Comment